Wednesday, 30 January 2013

Selamat Datang Ke TRC

Kami Geng 04 (Admin) ingin mengucapkan selamat datang kepada semua warga TRC. TRC diwujudkan adalah untuk mengumpul semua pengguna radio duahala tidak kira amatur ataupun komersial sebagai satu cara untuk memupuk semangat perpaduan antara pengguna radio disamping dapat mewujudkan satu "Network" untuk kita bersama bertukar pendapat dan membantu antara satu sama lain. TRC bernaung dan dimiliki sepenuhnya oleh satu pertubuhan berdaftar dan ianya sah disisi undang-undang.

Untuk bersama-sama kami menjadi warga TRC anda perlulah menghubungi admin TRC untuk proses selanjutnya. Tiada batasan didalam TRC namun terdapat beberapa perkara dan undang-undang yang perlu anda patuhi untuk menjadi warga TRC yang berhemah.

Oleh itu jika jiwa dan diri anda cukup kental untuk menjadi sebahagian dari kami sila hubungi kami di talian 0142611553 (SMS sahaja).


Sekian dari pihak pengurusan TRC

Geng 04
(Admin)

No comments:

Post a Comment